Monday, May 9, 2011

mengapa ada yang mengambil kesempatan...

mengapa sentiasa ada yang mengambil kesempatan akan sesuatu
sakit ati jika terpaksa melaluinya
tidak boleh berkata tidak
kerana mereka yang lain enggan memahami
sampai bila semua ini akan berakhir
kadang-kadang rasa tak mampu untuk meneruskannya
tapi aku rela dalam terpaksa
hati rasa ingin menjerit
dan aku hanya mampu untuk menjerit diruangan ini
yang tidak akan bertindak balas sama sekali
makin difikirkan makin ranap rasa hati
makin sakit ati ini

mengapa mereka boleh sewenang-wenangnya mengambil kesempatan
tidakkah mereka terfikir akan perasaan orang lain yang terpaksa menjadi khadam
ataupun mereka ini memang jenis yang pentingkan diri sendiri
langsung tidak endah akan keadaan sekeliling mahupun orang yang terpaksa menjadi khadam itu
perkara yang dirasa betul, akan sentiasa betul dimata mereka
walaupun ramai manusia yang mengkritik cara pemikiran mereka
mereka tetap begitu
alahai manusia dna mereka-mereka ini

sampai bila.................................
Ya Allah, beri aku kekuatan ini menempuh kehidupan yang telah tertulis untuk diri ini
Aku hanya hambaMU yang lemah
selagi ada kudrat untuk ku harungi akan ku lalui