Monday, May 9, 2011

mengapa ada yang mengambil kesempatan...

mengapa sentiasa ada yang mengambil kesempatan akan sesuatu
sakit ati jika terpaksa melaluinya
tidak boleh berkata tidak
kerana mereka yang lain enggan memahami
sampai bila semua ini akan berakhir
kadang-kadang rasa tak mampu untuk meneruskannya
tapi aku rela dalam terpaksa
hati rasa ingin menjerit
dan aku hanya mampu untuk menjerit diruangan ini
yang tidak akan bertindak balas sama sekali
makin difikirkan makin ranap rasa hati
makin sakit ati ini

mengapa mereka boleh sewenang-wenangnya mengambil kesempatan
tidakkah mereka terfikir akan perasaan orang lain yang terpaksa menjadi khadam
ataupun mereka ini memang jenis yang pentingkan diri sendiri
langsung tidak endah akan keadaan sekeliling mahupun orang yang terpaksa menjadi khadam itu
perkara yang dirasa betul, akan sentiasa betul dimata mereka
walaupun ramai manusia yang mengkritik cara pemikiran mereka
mereka tetap begitu
alahai manusia dna mereka-mereka ini

sampai bila.................................
Ya Allah, beri aku kekuatan ini menempuh kehidupan yang telah tertulis untuk diri ini
Aku hanya hambaMU yang lemah
selagi ada kudrat untuk ku harungi akan ku lalui

Saturday, March 5, 2011

keciwa, rasa nak nangis..

waktu sekarang memang rasa nak menangis sangat2.. terlalu banyak perkara yang sedang membelenggu di dalam fikiran aku ni... semua perkara yang bisa buat aku menitiskan airmata.. aku memang begini jika ada perkara yang terpendam terlalu lama akan menjadikan aku menangis.. itu saja yang boleh aku lakukan.. untuk ku luahkan takde teman yang sudi jadi peneman mendengar cerita sedih ini. aku jua memang susah ingin meluahkan perasaan. biarla ruangan ini menjadi peneman setia tanpa bicara sepatah kata.

aku sedih tentang perkara penting yang berlaku beberapa hari lalu. aku ingin melalukan yang terbaik tapi aku tidak mampu.. aku keciwa sangat terhadap seseorang yang bisa mengubah n melakukannya tapi dia enggan. aku tidak mahu ianya berterusan kerana banyak hati yang akan keciwa terutama seseorang yang terlalu berharga dalam hidup aku tapi........................................................................ hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

dengan itu, apabila perkara ini akan berulang kembali aku jadi terpikir apakah yang perlu aku buat bagi membiarkan ianya tetap akan terjadi.. aku rasa tidak salah untuk melakukannya, tapi mengapa dia enggan dan tidak mahu langsung untuk melaksanakannya. kesian kepada seseorang itu nanti.. dia tidak bersalah untuk menerima keadaan ini..

Saturday, February 12, 2011

hati manusia memang cepat berubah..

hati manusia memang cepat berubah..
semudah pasir dibibir pantai
semudah awan yang berarak ditiup angin
semudah air yang tumpah ke lantai
semudah baju yang koyak.

aku memang tak sangka orang yang aku anggap baik hati boleh berubah dalam sekelip mata
sikap dan perangai ko jelas menunjukkan siapa sebenarnya ko
cara ko pergi begitu sahaja jelas membuktikan ko benci pada aku
sehingga sekarang aku masih berfikir
adakah benar aku jahat?, aku mulut longkang?, aku penting kan diri sendiri?
sikap ko telah membuatkan aku berfikir apa salah aku pada ko sampai ko buat aku macam ni...

aku memang kesal, kecik ati, kecewa dgn sikap ko
aku anggap ko seorang yang boleh dijadikan tempat mengadu
tapi aku silap sama sekali
aku bernasib baik kerana ko telah menunjukkan belang ko sebelum aku betul2 percaya dgn ko

hari demi hari aku tambah benci tgk muka ko
tapi aku tau aku takde hak nak benci ko
mungkin ini semua salah aku
aku tak boleh sewenang-wenangnya menyalah orang
semua orang ada sebab tersendiri kenapa perlu buat sesuatu perkara itu
aku redha dengan semua yang telah tertulis

biarla aku pendam sebuah duka
biarla semua perkara ini berlalu bak daun kering dihanyut arus deras sungai

aku tetap aku
apa yang aku paham sekarang
semua ini telah membuktikan yang ko memang benci dengan aku
sekian